KKM ambil tindakan penguatkuasaan isu ‘kopi peluntur’
Sebagai penggemar kopi, adakah anda mengambil tahu tentang produk kopi yang anda minum? Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah pengilang kopi pracampur yang didakwa anti racun dan boleh mengubati pelbagai penyakit yang tular di media sosial.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM memandang serius isu tersebut dan melarang pengusaha makanan atau sebarang pihak membuat aktiviti pemasaran dengan menggunakan bahan yang merbahaya seperti bahan peluntur, racun dan seumpamanya, dalam demonstrasi produk makanan. Dr Noor Hisham berkata “Mereka yang didapati mengiklankan produk makanan bagi tujuan jualan untuk memperdaya pembeli boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 17, Akta Makanan 1983.” Tambah beliau lagi, “KKM juga mendapati maklumat pengilang yang dinyatakan pada label produk tersebut adalah palsu di samping tidak mematuhi keperluan pelabelan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta menyalahgunakan logo sistem jaminan keselamatan makanan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut Dr Noor Hisham, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan menasihatkan pengguna agar tidak meminum apa-apa bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di www.facebook.com/bkkmhq.
Terdahulu isu seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital akibat meminum kopi yang dicampur dengan cecair peluntur akibat terpengaruh dengan video demonstrasi produk tersebut tular di media sosial.
sumber: Bernama
I need to to thank you for this good read!! I definitely loved every little bit of it. I have you book-marked to look at new things you postÖ
אני מאוד ממליץ על אתר הזה כנסו עכשיו ותהנו ממגוון רחב של בחורות ברמה מאוד גבוהה. רק באתר ישראל נייט לאדי https://israelnightclub.com/apartments/%D7%93%D7%99%D7%A8%D7%95%D7%AA-%D7%93%D7%99%D7%A1%D7%A7%D7%A8%D7%98%D7%99%D7%95%D7%AA-%D7%91%D7%97%D7%99%D7%A4%D7%94/